Wednesday 9 November 2011

KERJA MASA CUTI - TINGKATAN 6 B3

Analisis Kesalahan Bahasa

Latihan 1
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Usaha membenteras gejala rasuah di kalangan anggota perkhidmatan awam tidak semudah seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Sebenarnya, usaha itu memerlukan sanjungan daripada semua pihak, terutamanya orang ramai yang sering berurusan dengan kerajaan. Langkah Jabatan Perdana Menteri mempertunjukkan kod etika perkhidmatan awam amat dialu-alukan. Langkah yang jabatan lakukan itu merupakan sebahagian daripada usaha membendung gejala itu daripada merebak dan sekaligus dapat meningkatkan imej perkhidmatan awam.

Latihan 2

Remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga. Bagi mereka yang diabaikan oleh keluarga melibatkan diri dengan akan rakan sebaya, melakukan pelbagai gejala sosial. Sememangnya , ada di antara mereka yang mudah dipengaruh dengan rakan sebaya. Mereka lakukan pelbagai aktiviti bersama kerana mereka khuatir kehadiran mereka akan ditolak oleh sekumpulan rakan jika mengingkarinya. Akibatnya, ramai remaja-remaja ini yang melakukan jenayah. Ibu bapa sewajarnya saling faham-memahami situasi anak-anak mereka agar dapat mendidik mereka dengan sempurna. Perhatian dan kasih sayang yang secukupnya haruslah diberikan kepada mereka. Sesungguhnya, remaja inlah bakal pencorak masa hadapan negara.


Latihan 3.
Tulis sebuah karangan yang panajangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan tajuk di bawah.

Andaikan anda seorang pemimpin masyarakat yang dihomati di kawasan perumahan tempat anda tinggal. Anda diminta menyampaikan ucapan sempena Hari Malaysia di kawasan perumahan tersebut. Dalam ucapan anda, fokus yang ingin andai sampaikan ialah pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan dan cara-cara meningkatkan semangat tersebut dalam kalangan masyarakat.
 

rmkscorpions Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger